Minggu 7

Mengaplikasikan Model Pemperosesan Maklumat Dalam P&P Bahasa Melayu

Model Pemprosesan Maklumat

Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.

Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.

Prinsip-Prinsip Utama Model Pemprosesan Maklumat

1) Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat

2) Pengaliran maklumat dua hala

3) Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.

4) Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat

1) Pengenkodan ('Encoding')

Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang

2) Penyimpanan ('Storage')

Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.

3) Mengingat Kembali ('Retrieval')

Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

4) Lupaan ('forgetting')

Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang

Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention').

Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek.

Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')

Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.

Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.

Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.

Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.

Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah.

Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')

Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.

Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.

Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu 6

STRUKTUR HIERARKI

STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN P&P BAHASA MELAYU

O Struktur Linear

O Struktur Hierarki

O Struktur Rangkaian

O Struktur Komposit

STRUKTUR LINEAR

O Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.

STRUKTUR HIERARKI

O Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.

O Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.

SISTEM RANGKAIAN

O Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.

O Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel

STRUKTUR KOMPOSIT

O Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.

O Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu 5

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Prosedur memuat naik Tapak Pembelajaran dan Laman Web ke File Manager

1. Siapkan Tapak Pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak Pembelajaran seperti yang disedakan. Klik File, Publish to the Web dan namakan fail sebagai index

2. Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang.

3. Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod.

4. Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan.

5. Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

6. Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.

7. Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik File Manager

8. Apabila anda mengelik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager.

9. Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.

10. Klik pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik.

11. Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang Browse diklik,

12. Klik pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload.

13. Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin Komputer.

14. Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm. Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang berikut.

15. Anda akan dapat melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini, kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita lakukan.

16. Sila klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan.

17. Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam kontek ini http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah hasilnya.

18. Tamatlah bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke dalam web. Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak Pembelajaran anda.

Pembinaan Laman Web

1. langkah 1

pertama,anda hendaklah mendapatkan tapak/web untuk membina laman. Tapak laman percuma banyak didapati dan anda boleh memilih mana-mana tapak yang anda suka atau inginkan.Antaranya ialah:

* GeoCities

* Tripod

* Angelfire Communication

* StarText Free Personal Homepages

* Giant List-O-Free Homepages

2. langkah 2

Setelah memperolehi tapak laman, anda perlukan tutorial HTML bagi membuat laman/homepage dengan menggunakan tag HTML.Penguasaan kadeah HTML akan memberikan lebih daya kreativiti pada laman anda. Terdapat banyak tutorial di dalam internet,anda boleh memilih mana-mana tutorial yang disenaraikan di bawah ini:

* An Introduction to HTML

* Barebones Guide to HTML

* A Beginner's Guide to HTML

* Beyond The Bones of HTML

* Composing Good HTML

3. Crash Course on Writting Documents for thengkah 3

* Warna adalah satu keperluan, dan yang pasti,warna adalah pemancar ilham kepada para pengunjung untuk menikmati laman anda.Warna dalam laman menggunakan kod tersendiri(hex),jadi untuk memudahkan anda memilih warna sama ada untuk latarbelakang, jadual, frames dan sebagainya,sila klik mana-mana yang anda mahu mendapatkan panduan warna:

* 216 Color square

* Background Colors

* Background Electornically Automated

* The Browser Safe Color Pallete

* Color Center

* Color Editor FAQ

* Color In Web Document

* Color Maker

* Color Manipulation Device 2.0

* The Color Specifier for Netscape

* Color Tables

* Color Test

* RGB Color Chart

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS