Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Interent
KONSEP ETIKA KOMPUTER
ü Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
ü Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau dilema yang membabitkan etika.
ü Penggunaan komputer dalam era maklumat.
MASALAH MORAL DAN ETIKA
ü Penggertak
ü Perisian cetak rompak
ü Hak cipta
ü Virus
ü Penyalahgunaan internet
Penggertak (Cracker)
- Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
- Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
Penyalahgunaan internet
- Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus
- Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian komputer.
Hak cipta terpelihara
- Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undangundang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
Perisian cetak rompak
- Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
Prinsip etika computer
• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimumkan risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
Cara membuat brosur
1) Buka Microsoft Publisher 2007.
2) Setelah ‘application’ sudah dibuka, ‘screen’ akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.
3) Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur). contoh design yang saya pilih ialah Tilt
4)Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan.
Contoh gambar ialah Logo IPSAH
5) Setelah itu masukkan contoh butiran seperti:
Ø Tajuk program/perkara dan lain-lain.
Ø Nama penaja/penulis dan lain-lain.
Ø Tarikh dan hari akan diadakan.
Ø Aktiviti yang akan dijalankan
Ø Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan
6) Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.
0 comments:
Post a Comment