MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Prosedur memuat naik Tapak Pembelajaran dan Laman Web ke File Manager
1. Siapkan Tapak Pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak Pembelajaran seperti yang disedakan. Klik File, Publish to the Web dan namakan fail sebagai index
2. Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang.
3. Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod.
4. Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan.
5. Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
6. Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.
7. Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik File Manager
8. Apabila anda mengelik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager.
9. Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.
10. Klik pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik.
11. Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang Browse diklik,
12. Klik pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload.
13. Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin Komputer.
14. Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm. Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang berikut.
15. Anda akan dapat melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini, kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita lakukan.
16. Sila klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan.
17. Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam kontek ini http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah hasilnya.
18. Tamatlah bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke dalam web. Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak Pembelajaran anda.
Pembinaan Laman Web
1. langkah 1
pertama,anda hendaklah mendapatkan tapak/web untuk membina laman. Tapak laman percuma banyak didapati dan anda boleh memilih mana-mana tapak yang anda suka atau inginkan.Antaranya ialah:
GeoCities
Tripod
Angelfire Communication
StarText Free Personal Homepages
Giant List-O-Free Homepages
2. langkah 2
Setelah memperolehi tapak laman, anda perlukan tutorial HTML bagi membuat laman/homepage dengan menggunakan tag HTML.Penguasaan kadeah HTML akan memberikan lebih daya kreativiti pada laman anda. Terdapat banyak tutorial di dalam internet,anda boleh memilih mana-mana tutorial yang disenaraikan di bawah ini:
An Introduction to HTML
Barebones Guide to HTML
A Beginner's Guide to HTML
Beyond The Bones of HTML
Composing Good HTML
3. Crash Course on Writting Documents for thengkah 3
Warna adalah satu keperluan, dan yang pasti,warna adalah pemancar ilham kepada para pengunjung untuk menikmati laman anda.Warna dalam laman menggunakan kod tersendiri(hex),jadi untuk memudahkan anda memilih warna sama ada untuk latarbelakang, jadual, frames dan sebagainya,sila klik mana-mana yang anda mahu mendapatkan panduan warna:
216 Color square
Background Colors
Background Electornically Automated
The Browser Safe Color Pallete
Color Center
Color Editor FAQ
Color In Web Document
Color Maker
Color Manipulation Device 2.0
The Color Specifier for Netscape
Color Tables
Color Test
RGB Color Chart
0 comments:
Post a Comment