Tajuk 15

SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

Pengenalan

Melalui seminar dan pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya msyarakat luar.

Mengadakan seminar

Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer

  • Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
  • Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Kelebihan

  • Berguna kepada peserta yang terlibat
  • Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
  • Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru

Kekurangan

  • Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
  • Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
  • Sering dijalankan untuk seminar pendidikan

Mengadakan Pameran

Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu berbantukan komputer

  • Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
  • Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
  • Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tajuk 14

Bengkel Cekera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat.

Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.

Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1).

Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.

Perbezaan CD dan juga DVD

CD

DVD

DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa

CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.

Format CD

Format CD

Ciri-ciri

CD-ROM

Mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM.

CD-R

Membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM.

CD-RW

Membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.


FORMAT DVD

Format DVD

Ciri-ciri

DVD-R

DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.

DVD+R

Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-RAM

DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.

DVD-RW


DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan.

DVD+RW

Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-R/W

Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).

DVD+R/W

Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawa

Jenis-jenis cekare padat

Jenis cakera padat

Ciri-ciri

Cakera liut (floppy disk)

Adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik. Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur. Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.

Cakera keras (hard disk)

Merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak. Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik. Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor.. Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.

Cakera Optik


. Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).

Pemacu kilat USB

Adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1] dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait.

Memilih Cakera Padat Pembelajaran Bahasa Melayu

Jenis cakera padat pembelajaran

· Cakera padat prosa tradisional

o Terdapat pantun, syair, gurindam.

· Cakera padat prosa moden

o Terdapat sajak, cerpen.

· Cakera padat latihan

o Pelbagai soalan-soalan latihan.

o Pengukuhan

· Cakera padat bank soalan

o Soalan-soalan percubaan UPSR

o Soalan-soalan UPSR


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tajuk 13

MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN

Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang bersifat statik.

Ianya bertujuan utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.

Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.

Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka.

Animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya animasi ini digunakan dalam dalam MS Power Point. Kegunaan animasi ini dapat menjadikan pengajaran guru semakin menarik. Terdapat beberapa tip untuk menggunakan animasi dalam MS Power Point.

Tip Menggunakan Animasi

Sebelum menggunakan efek animasi pada slide Anda ada beberapa tip yang perlu diperhatikan, iaitu:

Jangan berlebihan. Penggunaan efek animasi yang berlebihan justru akan membingungkan audience dan mengaburkan isi presentasi.

Sesuaikan animasi dengan isi, tujuan, audience, dan tempat/lokasi presentasi.

Perhatikan waktu yang disediakan. Penambahan efek animasi akan menambah durasi setiap slide presentasi. Semakin banyak efek yang digunakan akan semakin banyak waktu yang diperlukan.

Apabila efek animasi dilakukan untuk presentasi oral, jangan banyak menambahkan efek sound. Efek sound cenderung memecah konsentrasi audiends antara suara pembicara dengan sound animasi.

Pelbagai animasi boleh dimuat turun dari internet. Cara untuk memuat turun animasi daripada internet adalah seperti berikut :

  1. Muat turun animasi daripada Google dan masuk ke Image. Seterusnya masukkan kata pencari pada kotak pencari. Selepas itu klik pada butang search
  2. Setelah itu akan keluar pelbagai animasi yang kita kehendaki dan kemudian tekan right klik pada animasi tersebut dan tekan save image. Gambar akan terdownload secara automatik
  3. Selepas itu animasi boleh dimasukkan ke dalam MS Power Point dan disesuaikan dengan tajuk yang dikehendaki.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS