Tajuk 10

MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

  • Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia.
  • Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi.
  • Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Format fail

Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV

MPG

Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan VCD

Audio Video Interleave)

Bermaksud Video for Windows. Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.

MOV

Merupakan format video untuk perisian Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company.

Audio

  • Audio merupakan bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

Format fail

Kebiasaanya format fail yang digunakan adalah seperti:

· AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)

o format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.

· MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)

o Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.

· MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)

o Format yang boleh diterima pakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.

· SND/Sound

o Format fail yangt elah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.

· WAVE/ WAV

o Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.

· SUN AUDIO/ AU

o Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.

· MPEG (Moving Picture Experts Group)

o Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio :

penggunaan elemen teks

penggunaan elemen grafik dan visual

penggunaan elemen audio

penggunaan elemen video

Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.

  • Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
  • Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
  • Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
  • Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
  • Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.

Penggunaan elemen grafik dan visual

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment