Tajuk 14

Bengkel Cekera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat.

Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.

Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1).

Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.

Perbezaan CD dan juga DVD

CD

DVD

DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa

CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.

Format CD

Format CD

Ciri-ciri

CD-ROM

Mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM.

CD-R

Membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM.

CD-RW

Membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.


FORMAT DVD

Format DVD

Ciri-ciri

DVD-R

DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.

DVD+R

Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-RAM

DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.

DVD-RW


DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan.

DVD+RW

Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.

DVD-R/W

Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).

DVD+R/W

Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawa

Jenis-jenis cekare padat

Jenis cakera padat

Ciri-ciri

Cakera liut (floppy disk)

Adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik. Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur. Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.

Cakera keras (hard disk)

Merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak. Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik. Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor.. Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.

Cakera Optik


. Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).

Pemacu kilat USB

Adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1] dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait.

Memilih Cakera Padat Pembelajaran Bahasa Melayu

Jenis cakera padat pembelajaran

· Cakera padat prosa tradisional

o Terdapat pantun, syair, gurindam.

· Cakera padat prosa moden

o Terdapat sajak, cerpen.

· Cakera padat latihan

o Pelbagai soalan-soalan latihan.

o Pengukuhan

· Cakera padat bank soalan

o Soalan-soalan percubaan UPSR

o Soalan-soalan UPSR


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment