Tajuk 11

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.

Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.

Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada

Jenis persidangan video

BIL

JENIS PERSIDANGAN

1.

Satu ke satu

2.

Banyak ke satu

3.

Banyak ke banyak

Terdapat beberapa fungsi sidang video. Antaranya ialah :

Pendidikan

Pembentangan (Presentations )

Perkongsian kerja antara

penyelidik

Berkomunikasi

Teleperubatan

Mesyuarat

Kebaikan penggunaan sidang video

Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.

Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.

Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.

Mempertingkatkan komunikasi.

Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.

Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.

Kelemahan telesidang :

Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.

Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.

Tranmisi sidang video (langkah-langkah)

Cekup (capture)

- Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.

- Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.

Mampat

- Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.

- Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.

Siar

- Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.

- Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

Penggunaan Perisian Skype

Bil

Langkah-langkah

1.

Selepas itu, paparan skype anda akan muncul. Ketik tetikus kiri pada “create a group”

2.

Selepas itu, paparan skype anda akan muncul. Ketik tetikus kiri pada “create a group”

3.

Anda boleh menambah rakan pada kumpulan perbincangan seperti:

Cara keluar dari perbincangan

Bil

Langkah-langkah

1.

* Ketik tetikus kanan pada perbincangan.

2.

* Pilih leave conversation dan ketik pada kiri tetikus.

3.

* Ketik pada butang “leave”

Penggunaan Perisian Yahoo! Massenger

Bil

Langkah-langkah

1.

Sign in Yahoo! Messenger (YM).

Paparan senarai contact akan dipaparkan pada skrin YM.

2.

Tekan pada salah satu contact.

Ia akan memaparkan detail contact tersebut.

Pilih gambar video untuk membuka video anda dan berinteraksi dengan rakan.

3.

Conversation bersama rakan akan keluar.

Anda boleh menaip mesej sambil membuka video dan bercakap.

4.

Tekan video call dan YM anda diaktifkan.

Video anda dan rakan anda dapat dilihat.

5.

Tekan ‘contact’

Paparan ‘manage group’ akan keluar

Tekan ‘manage group’

‘create new group’

Masukkan nama group dan tekan ‘ok’

Kembali ke paparan luar, clip mouse kanan.

Tekan ‘add a contact to group

6.

Masukkan alamat email rakan anda.

Tekan butang next.

7.

Pilih senarai nama group.

Tekan butang next dan finish.

8.

Tekan ‘invite this group to conference’

Masukkan nama-nama group

9.

Video anda dan rakan-rakan anda akan dipaparkan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tajuk 10

MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

  • Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia.
  • Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi.
  • Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Format fail

Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV

MPG

Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan VCD

Audio Video Interleave)

Bermaksud Video for Windows. Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.

MOV

Merupakan format video untuk perisian Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company.

Audio

  • Audio merupakan bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

Format fail

Kebiasaanya format fail yang digunakan adalah seperti:

· AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)

o format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.

· MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)

o Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.

· MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)

o Format yang boleh diterima pakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.

· SND/Sound

o Format fail yangt elah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.

· WAVE/ WAV

o Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.

· SUN AUDIO/ AU

o Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.

· MPEG (Moving Picture Experts Group)

o Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio :

penggunaan elemen teks

penggunaan elemen grafik dan visual

penggunaan elemen audio

penggunaan elemen video

Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.

  • Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
  • Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
  • Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
  • Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
  • Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.

Penggunaan elemen grafik dan visual

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tajuk 9

MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER DAN KAD PENGUMUMAN

Prosedur Pengeditan

v Prosedur 1

Masuk ke enjin pencari untuk dan taipkan http://www.mybrochuremaker.com/projects

v Prosedur 2

Sign up pada tapak pengeditan brosur

v Prosedur 3

Ikuti langkah-lang tutor yang diberikan

v prosedur 4

Mula mengedit dengan memilih tema dan corak yang di kehendaki.

v prosedur 5

setelah itu, masukkan maklumat yang berkaitan,logo dan gambar jika ada.

v prosedur 6

selepas selesai mengedit brosur tekan save dan maklumat akan tersimpan dalam talian.

Prinsip Pengeditan

v Bahan yang akan dimasukkan ke dalam brosur haruslah sesuai.

v Tidak melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh tapak pengeditan brosur.

v Bersesuaian dengan tajuk dalam sesi P&P

Melaksanakan pengeditan

Bil

Prosedur

1.

Masuk ke enjin pencari

2.

Pilih tapak pengeditan yang sesuai dan sign up pada tapak tersebut

3.

Selepas itu, klik pada perkataan ‘new ‘

4.

Pilih tema pada kotak yang disediakan

5.

Pilih ‘layout’ yang disediakan

6.

Proses mengedi brosur boleh dimulakan dengan memilih untuk mengedit ‘outside’ ataupun ‘around’

7.

Setelah selsai mengedit kedua-duanya dengan lengkap maka brosur telah sempurna dan siap.

8.

Apabila selsai tekan perkataan ‘save ‘ dan brosur akan tersimpan di dalam talian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tajuk 8

PENGAJARAN BAHASA MELAYU ATAS TALIAN

Melaksanakan simulasi pengajaran atas talian

  • Proses pembelajaran secara atas talian berpotensi untuk menjadi penyebar maklumat yang boleh menyumbang maklumat berguna.
  • Melalui pembelajaran ini juga akan merealisasikam peranan pelajar yang lebih bersifat ‘self motivated’ dan ‘self centered’.
  • Hal ini kerana melalui media interaktif ini dapat memperi peluang kepada pembangunan dalam pembelajaran pelajar.

Melalui proses pembelajaran ini murid akan dapat beberapa kebaikan. Antaranya ialah

  • Membantu di dalam menggambarkan fakta dan konsep dengan lebih jelas,
  • Menarik minat pelajar melalui penggunaan grafik dan warna,
  • Mempelbagaikan urutan kandungan dan juga maklumat di dalam laman web bagi kemudahan pelajar.
  • Penggunaan talian ini melalui internet dapat meningkatkan pencapaian kurikulum mengikut perkembangan terkini jika diintegrasikan bahan-bahan pembelajaran melalui internet dalam kurikulum yang sedia ada

Pembelajaran atas talian akan menjadikan :

  • Pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran di luar waktu kelas,
  • Kemudahan untuk mengulangkaji kelas yang tertinggal, komunikasi dengan rakan-rakan dan pensyarah,
  • Kebolehan untuk melakukan ujian kendiri pada bila-bila masa, akses kepada bahan pembelajaran multimedia bermutu tinggi,
  • Bahan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, lebih kawalan ke atas proses pembelajaran.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS